Saturday, September 4, 2010

durjana

Aku copy dari blog lama... sebab aku rasa bende neh makin menjadi2
yang aku xpaham bila aku utarakan isu neh
aku kene hentam... dia kata jaga diri sendiri sudah!!!!
kalo dah melibatkan zina, memalukan agama xkan nak senyap jee
belaja tingi2 tapi otak letak dekat lututttttt.. really stupid

ok layannnn semoga menginsafkan:~


Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?
cinta merdeka

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 31 ogos tak???
Malam tu ibu ada janji temu


Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?



Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya

Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu


Tapi benarkah bu?


Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...


tapi benarkah bu?



Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?


Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?



Benarkah ibu?


Benarkah begitu?




remaja, mengapa maruah yang anda pertaruhkan dalam permainan kehidupan ini?
Ahh..benar, aku juga sedang melalui zaman REMAJA. Aku mengaku aku bukan remaja contoh yang cemerlang akademik dan sahsiah. Terlalu banyak kenakalan yang kadangkala juga pernah menuntut seribu penyesalan..HINGGA KINI..... ya hingga kini...

Cuma satu..cuma satu yang ku pegang walau kemanapun aku pergi. MARUAH. Mungkin sikap ku yang agak tidak betah dengan lelaki-lelaki yang agak asing dalam hidupku membuatkan aku selamat melalui kehidupanku sebagai remaja yang masih menjadikan maruah sebagai pegangan utama.

Remaja kita, mengapa nafsu dan maruah anda pertaruhkan?
Lebih sedih lagi apabila ibu bapa sekadar menghalalkan dan meminta guru supaya jangan masuk campur dalam urusan keluarga mereka. Urusan keluarga kah itu? Tidak itu adalah urusan maruah bangsa dan agama!!!

Tolong…bantu mereka…bantu remaja kita..anak-anak anda..bimbing mereka. Pergaulan bebas bukan permainan. Mereka masih naif!
**************************************************

sedih...semenjak 2 menjak neh media xde cite lain.,..asik cite kes pembuangan bayi...erm tak terase ke sakit mase korang lahirkan anak????...xde ke secebis perasaan sayang korang pada zuriat sendiri?? betol laa da akhir zaman...bila zina semakin bermaharajela...tunggulah pembalasan Tuhan pada insan2 yang berhati binatang ini =(

No comments: